Kata-kata Aluan Pengarah Urusan

Kolej Teknologi Alpha (KTA) telah ditubuhkan pada Mei 1997 di bawah Pujangga Sari (M) Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat yang telah diperbadankan pada 28 April 1997. Penubuhannya telah diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia pada 23 Jun 1998 (No. Ruj.: KP(JPS)5195/IPTS/976(13) dengan nama Institut Pujangga. Perubahan nama telah dibuat sebanyak dua kali iaitu pada November  2000 (Institut Pengurusan Pujangga) dan pada Ogos 2005 (Kolej Teknologi Alpha).

Kolej Teknologi Alpha adalah milik sepenuhnya Syarikat Bumiputera (Pujangga Sari (M) Sdn. Bhd.) yang beralamat di Kolej Teknologi Alpha, Lot 177-G, Jalan S2B3 Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Visi KTA adalah untuk terus memberikan pendidikan yang cemerlang serta penambahbaikan dalam setiap bidang yang diceburi. Ini adalah selaras dengan matlamat kolej untuk menjadi pusat kecemerlangan yang menyumbang kepada pembangunan sumber manusia melalui penghasilan graduan yang berkemahiran, kreatif, inovatif serta berdaya saing.

Jaminan saya ialah sentiasa berusaha untuk memastikan graduan Kolej Teknologi Alpha laris serta memenuhi kehendak industri, sejajar dengan pembangunan teknologi terkini.

 

Dr. Fairol Bin Halim

Pengarah Urusan

Kolej Teknologi Alpha